Powered By Blogger

Malaysia!

Malaysia!

Twitter

Coretan


ShoutMix chat widget

Maintain by

My Photo
jIwA mUsiC aRt
View my complete profile

Followers

I'm Not Ok...act..........

I'm seeing my friends. They all looks happy still crazy going (certain of my friends does). I'm really happy with them all. Without them, whom am I here. Sadly, on this holiday, we were not seeing each other. I'm just seeing my nearest friends here at my village. But still, I'm happy with them.

But thats not the reason I'm not okay. Outside, I seem to look okay. But inside, I'm really-really not okay! I really not knowing what is happening to me. Maybe its just a feeling.

Lately, I'm having many problems. Problems with my friends, my special friends and problems with my own self. I'm trying to forget all of them but, I really-really can't! Does it really hard? It is hard! It will happen when I'm relaxing by myself. I will not stay calm if this problems stay on me! I have to finished this problems immediately!

Just let me calm. Sayang, help me. If you are here to help me. I really-really need you now. Miss you very much!

Stolen!



Salam..

Sudah lama ku tidak meng"update"kan blog ini. Maaf ku pohon kerana aku sudah pulang ke kampung halamanku. Di sini, tiada "connectivity internet" kerana dahulu orang-orang yang tidak bertanggungjawab telah memotong wayar telifon di sekitar kawasan sini. Disebabkan kejadian itu, aku dan penduduk di sekitar kawasan ini telah memutuskan talian masing-masing. Risau dengan kelakuan buruk ini, pihak yang terbabit tidak lagi menyambung wayar itu.

Mereka yang berkelakuan buruk itu tadi telah membakar wayar itu dan mengambil tembaganya sahaja. Tembaga yang telah mereka dapat akan dijual kepada pihak yang ingin membelinya. Dengan duit itu, mereka membeli apa yang perlu seperti dadah. Hal ini amat membimbangkan semua penduduk. Bukan sahaja penduduk, bahkan satu Malaysia! Diharapkan, tiada lagi gejala ini di masa-masa yang akan datang.

This is how to enjoy your live!




Why must now..





Salam..
Mybe this is the last pos for this week or this month.
I got to go coz i need to stdy.
My final exam just around the corner meyh..
20th evening is my last paper.

Wish me luck my friend.
We'll meet again someday or sometimes.
I will miss you all by the way..


truely, FarEast



2012



2012 memang best. Gempak beb. Rugi kalau xtgk. Semalam aku tengok di panggung Pavilion KL.

Ceritanya agak menarik untuk ditonton. Mempunyai unsur-unsur kejutan dan debaran. Kisah mengenai dunia kita, iaitu bumi hendak musnah. Dalam erti kata yang lain, kiamat!

Kita sebagai orang Islam hendaklah dan mestilah jangan mempercayainya kerana boleh mendatangkan syirik. Aku menonton sekadar hanya untuk membuat renungan di samping berseronok untuk mendapat thrill semasa menonton cerita itu.

Sedikit sebanyak yang aku boleh katakan terhadap cerita itu adalah effect yang mereka design. Memang gempak. CGI mereka membuatkan kita merasakan bahawa kita berada di dalam filem itu sendiri dan merasakan apa yang patot kita rasakan iaitu, ketakutan. Itu sahaja yang dapat ku katakan. Jika terlebih, tiada pula yang mahu menonton. Kepada yang masih belum ke panggung, segeralah dapatkan tiket. Tidak rugi untuk menonton cerita ini.

truely, FarEast

Wahai Kawan-Kawanku..




kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi pakai pakaian tak cukup kain?..

untuk perempuan, baju lengan pendek, sleeveless, mini skirt, legging yg menunjukkan susuk tubuh..
untuk lelaki, seluar pendek atas lutut, boxer, etc..
kain semakin mahal, atau manusia semakin miskin?..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi minum arak?..

bangga memegang minuman syaitan di tangan, dipaparkan untuk tontonan umum di Facebook, MySpace, Friendster, etc..
sekadar bergambar katanya, tetapi sedarkah kau perbuatan itu menimbulkan fitnah?..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi mengamalkan seks rambang?..

jangan berfikiran kolot katanya, ini trend zaman sekarang..
tapi sedarkah kau akan dosa-dosa yang kau dan ibu bapa kau tanggung untuk perbuatan kau itu?..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi pegi clubbing?..

terkinja-kinja di pentas tarian, memakai pakaian yang entah apa-apa?
berfoya-foya dengan melakukan benda yang melalaikan..
sedarlah wahai manusia, dunia kian dekat dengan kiamat..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi melakukan hubungan sejenis?..

bangga dengan title gay/les, menontonkan kepada umum keghairahan mereka di laman sosial..
mahu tunggu bencana datang dari Allah SWT, baru ingin bertaubat?..
insaflah wahai manusia!..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi kejap pakai tudung, kejap tidak?..

rambut tetap merupakan aurat, wajib untuk dilindungi setiap masa, tidak kira secara live atau sekadar di dalam gambar..
jangan hanya pakai tudung, tapi kain yang jarang dan tidak menutupi apa-apa..
sedarlah wahai insan, neraka lebih banyak dihuni oleh wanita yang tidak menitik beratkan penjagaan aurat..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi bersentuhan dengan lelaki/​perempuan bukan muhrim tanpa segan silu di khalayak ramai?..

sekadar bermanja katanya, tidak melakukan apa-apa diluar batasan, tapi sedarkah kau tanggapan buruk penganut agama lain terhadap Islam berdasarkan tindakan kau?..
dosa-dosa kau?..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi tindik telinga(​golongan lelaki)?..

sedarkah kau kesalahan bertindik untuk lelaki di dalam Islam?..


kau rasa malu tak sekarang?..
-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​

ini baru sedikit..
sedarlah wahai umat Islam sekalian, hidup hanya sementara..
akhirat itu yang pasti..


sekadar ingatan, kepada diri sendiri dan kepada semua..
jadikan ia sebagai pengajaran kepada kita..
ya, manusia tiada yang sempurna, pernah melakukan kesilapan..
tapi kita perlu sedar akan kesilapan itu dan menuju ke jalan yang benar..

Baru Ku Tahu


Salam..

Setelah 3 bulan layout merah hitamku bertapak, baru ku mengetahui bahawa blogku tidak menerima comment. Sungguh tidak ku percayai. Tetapi itulah hakikatnya. Setelah melihat setting yang perlu ku ubah, aku tros menukar layoutnya juga takut terganggu. Layout boleh dicari. Tidak la sesukar tidak dapat nak komen.

Terima kasih kepada Nurul dan Lumut di atas info itu. Memang amat bermakna bagi diriku. Daku ingin meminta maaf kepada kawan-kawanku di atas kesilapanku sendiri. Maaf dipinta sekali lagi ye. Diharap jika ada apa-apa kesilapan, jangan lupa hendak diberitahu. Ku akan menerimanya dengan hati yang terbuka.



truely, FarEast

Long

Dah lama daku tidak menulis di sini.. Asyik sibuk dan membuat kerja yang lain. Tidak ku ketahui apa masalahnya sehinggakan daku tidak dapat nak menulis di sini. Mungkin kerana mood untuk final exam semakin menghampiri.

16 November ini, aku sudah mulai dengan exam computer security. Agak tough juga subjek ini. Tapi aku akan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Diakhiri 20 November ini iaitu Visual Basic.

Aku agak tidak berapa yakin dengan VB. Tetapi kerana VB dengan Java programming almost the same, InsyaALLAH aku mampu lakukan. Doakan aku yang terbaik ye wahai kawan-kawan ku sekalian. ;DD

Sekian, wasalam...
truely, Far-East

Hanya Duniawi

Setelah lama ku berfikir, betul jugak apa yang kawanku di myspace tuliskan..
Berfikirlah kamu wahai kaum perempuan..
Seperti inikah kamu?


Apa itu perempuan gedik?



1.Perempuan yang tergedik2 kacaw bf/laki orang lain.
2.Perempuan yang bajet 'hot'. (prasan cun tp hakikatnya oh tidak langsung)
3.Perempuan yang suka gelak kuat2 sbb nk tarik perhatian org rmai.
4.Perempuan yang cuma kawan dengan lelaki.
5.Perempuan yang suka pakai sexy2.
6.Perempuan yang suka pegang2 lelaki.
7.Perempuan yang suka support laki sbb nk rmai kwn laki.
8.Perempuan yang x mengaku ada bf.
9.Perempuan yang suka bangga2 dkt kawan laki yang dia kononnya ramai'secret admire'.
10.Perempuan yang suka tukar2 bf.


Inikah yang dikatakan perempuan GEDIK? Apa komen anda?

Minat?


Lomography?

Nowadays, many people around the world change the mood from photography to lomography. Its new but many people had knew it especially photography people. Lomography uses polaraid a.k.a. film effect. But, there's one lomo camera that use memory card. Its name, Digital Harinezumi. Its really smart. I love it. Its a passion to me. I wish I had one. Its more expensive then polaraid camera. RM 560 is the price. Someday, InsyaALLAH I will buy one..

Sample of picture from the camera..





the camera it self...


link to the shop

Persoalan Yang Menghantui Diriku

Kenapa setiap kali orang bertanyakan kepadaku sama ada aku ada awek atau tidak orang tetap akan tidak percaya dengan kata-kataku bahawa aku tidak mempunyai awek?? Sebaliknya, mereka mengatakan aku tipu dan mengatakan aku, sekarang mempunyai awek.. Padahalnya tiada pun...



Bantulah daku....;(

At Last



Akhirnya, daku telah melepasi semua final project yang agak tough. Macam mana x tough, kena present lah kot. Itu yang agak tough. Alhamdulillah aku telah melepasinya. Sekarang hanya tinggal satu lagi project iaitu subject visual basic je lagi.

Setelah semuanya telah lepas, kepala otakku ini segar yang amat. Habis terbuang segala keberatan dan keketatan yang bermusang di dalam badanku ini. Haha.. Kamu faham atau tidak? Agak susah untukku menerangkan. Tetapi inilah yang berlaku kepadaku.

Now, waiting for the final examination! Yuhuu...

Just need to rest ok

Huhh...

What a bz week for me and my friends.. 2 weeks I need to finished all of the finale project for my cos. Its really hard but I keep on trying until I can even I getting to get tired and dizzy. I keep holding on and still on. Its a really though.... -_-*
Hope I can hold on until the last fight with finale examination!
Wish me luck!

Suffering Week

Last week and now its just a suffering week for us. It is because there's a final project to be submitted and presenting to lecturer. What a suffering week. But there's a good in that, an open house. Attending an open house is a good way to release tension because when talking to each other, many story will come out. So, the laugh from that can cure the tension even a bit.

When I come home, the tension come back. But, I do not care for it. The more I think, the more pain my brain felt. Now, I got to finished the work I started then. If I finished, tension will lost. That's a relief. Fuhh..

From now on, I will updating every week and not days. If I can. I will try.

truely, FarEast

Entah Kenapa Ye

Sejak akhir-akhir ini, aku merasakan tertekan yang amat sangat dan mendalam bagi dirku. Aku tidak mengerti kenapa ianya terjadi begini sehinggakan aku tidak dapat membuat kerja langsung. Two days backward, happiness come in my heart. But i still cannot cure it. I really do not know what is wrong with me. So distressful!

Final exam just around the corner. I still cannot focusing on anything! I hope it will ended as soon as possible. I want my life back. I do not want to be like this! Its not me at all!!

Arhh... No mood actually. Just and expression of me about what happen just in time.

truely, FarEast

Jamuan Hari Raya


Setelah lama merancang iaitu sebelum puasa lagi, kami merancang untuk membuat jamuan kecil-kecilan di waktu malam semasa bulan ramadhan. Tapi rancangan ini tergendala desebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi, kami merancangnya semula selepas Ramadhan iaitu malam semalam 04.10.2009 adalah tarikh kami membuat Jamuan ini.

Menunya simple sahaja iaitu satay. Satay yang kami order adalah mentah. Maka kami bekerjasama untuk membakar satay ini sehingga masak. 350 adalah jumlah satay yang kami order dan kami bakar bersama-sama. Saksikan aksi kami.









Tidak lupa juga kepada Farhan aka Pa'an yang telah menyambut hari lahirnya pada hari ini iaitu 05.10.2009. Semoga panjang umur, mudah rezeki dan perjalanan hidup yang dipermudahkan segalanya. Dah tua dah Pa'an ni. ;D


One Love, Peace!
truely, FarEast

Rumah Terbuka

Sudah hampir 2 minggu lebih kita berhari raya. Syawal semakin jauh menghilang. Suasana raya masih lagi tidak hilang begitu sahaja. Kami dijemput datang ke rumah terbuka Pak Ngah seorang tauke kedai di tempat yang kami selalu makan dan melepak berhampiran dengan kolej kami. Selain itu, jiran sebelah kami seorang pak cik dan keluarganya yang peramah menjemput kami datang ke rumah mereka.

Kami ke rumah Pak Ngah dahulu kerana mereka adalah yang paling rapat dengan kami. Pak Ngah sekeluarga tinggal di Taman Melur, Ampang. Suasana di rumah Pak Ngah agak lengang kerana masih tidak ramai yang belum hadir. Awal lagi sebenarnya. Sebab itu masih tidak ramai lagi saudara dan kenalan Pak Ngah yang hadir. Setelah hampir sejam di sana, kami membuat keputusan untuk mengundurkan diri kerana semakin ramai yang sudah hadir. Lagipun, kami ada rancangan lain semasa berbual di luar rumah.

Setelah bersalaman, kami ke Menara Tinjau di Ampang, untuk melepak dan menenangkan diri dan fikiran. Indah suasana petang ini. Kelihatan wau dan burung-burung bebas berterbangan tanpa sempadan dan halangan. Jika aku dapat berbuat begitu, alangkah bahagianya hidup. Tiada kekangan dan halangan yang perlu ditempuhi. Kami sempat snap gambar sambil menghirup angin yang segar di menara. Indahnya pandangan dari situ.






Kami bergerak pulang setelah hampir pukul 7 malam. Sampai di rumah, kami mandi manda dan bersiap sedia untuk ke rumah terbuka pak cik sebelah. Dia menyambut kami dan bergurau senda sejenak sebelum beliau melakukan kerja lain sambil melayan tetamu yang datang ke rumahnya. Memang tidak dinafikan memang ramai orang. Berpuas hati jika dibilang kiraannya. Setelah selesai makan, para tetamu dari masjid pula datang. Semakin meriah! Maka, kami mengambil keputusan untuk berlalu pergi kerana kebanyakan meja hampir penuh. Kami bersalaman dan memohon maaf dari beliau dan berlalu pergi ke rumah kami.

truely, FarEast

Menenangkan Hati dan Perasaanku (Expression)







Brainstewz – Twinkle Away

jaoh minda ku melayang
terkenangkn dirimu syg
kau pergi ku tersendiri
kini kau kembali

terpaku melihat wajahmu
wajahmu melodrama hatiku
kau putuskn utk pergi dulu
terganggu siaran radio ku

ku tepis melodi hatiku
yg hadir setiap waktu
ku benci ilusi dr mu
kau diam membisu

jgn biar diri sndiri lagi
oh kaseh dgrlah rayuan ku ini
kaseh ku terhadap dirimu
kasehku~~

bintang2 di angkasa

tidakkah kau tahu
isi hatiku
usahlah tgglkan aku
seperti dahulu

jgn biar diri sndiri lagi
oh kaseh dgrlah rayuan ku ini
kaseh ku terhadap dirimu
kasehku~~

twinkle2 away..twinkle away



Dengarkan lagu ini... Penuh bermakna buat semua orang.

One Love, Peace!
truely, FarEast

Outing di CSF Cyberjaya

Pukul 10 pagi kami bergerak ke Cyberjaya mengikuti highway. Hari sememangnya elok. Cerah dan tiada kelihatan awan yang mungkin akan turunnya hujan. Kami sampai di Cyberjaya dalam pukul 10.40 minit pagi. Sampai di sana, kami menjumpai masalah yang amat besar iaitu di manakah letaknya pejabat mereka kerana kami sendiri tidak tahu. Cedin menelefon Pak Long nya kerana dia adalah kenalan rapat semasa bekerja dahulu. Setelah agak lama merayau di kawasan Cyberjaya, rasa-rasanya kami sudah sampai di setiap ceruk di Cyberjaya.

Bermacam-macam tempat kami jumpai. Yang tidak pernah diketahui pun ada. MMU pun sudah kami jumpai. Semakin lama, keadaan sekeliling dan cuaca semakin panas kerana sudah hampir waktu tengah hari. Kami risaukan kami mengganggu mereka semasa lunch hour. Setelah hampir sejam lebih, kami menjumpai tempat yang dicari. Kalau sudah mengetahui namanya CSF, sudah tentu 15 minit yang terawal sudah kami menjejakkan kaki ke sana. Tapi apakan daya, ini semua dugaan. Sabar jelah yang termampu. Di sana, kami berjumpa dengan seorang staff IT yang berpangkat tinggi. Namanya Shahrizal. Kami bertanyakan soalan dan mengadakan sedikit lawatan di sana. Kami bertolak pulang dan sempat mengambil gambar untuk bukti dan kenang-kenangan.







truely, FarEast

Letih Dan Bosan Kelas Terakhir?

Hari ini memang meletihkan kerana jadual waktuku yang terlalu padat. Tiada masa untukku merehatkkan badan. Letih yang amat kurasakan. Tapi apakan dayaku kerana itulah yang telah ditetap oleh pihak kolej kepada kami.

Kelas pagi memang tiada halangan lagi kerana masih awal dan penuh dengan tenaga. Namun, setelah sampai ke peringkat tengah hari, letih sudah kurasakan. Walaupun aku sudah makan di waktu tengah hari, tetapi penat masih dirasai.

Sampai di kelas yang terakhir pada pukul 5 petang, aku makin keletihan dan tidak bermaya. Untuk memberiku semangat supaya tidak tidur, aku mengganggu rakan-rakanku. Selain itu, aku melakarkan lakaran di buku notaku. Itulah yang terdaya ku lakukan. Sedikit lampiran dariku semasa kebosanan.





[p/s] sory epy sbb guna pic ko..;D


truely, FarEast

Miss My Nephew





Miss her a lot.. Nor Ain Qamarina Binti Yusri

Bingkisan Raye Ku



Akakku yang dikasihi.
Cantikkan mereka.
Bondaku yang tersayang.

Hari Ini, Hari Esok dan Hari Seterusnya

Apa kebenda ku nak buat hari ni? Keluar ke? Berehat sahaja or meng'online'kan dirikuh. Entahla. Daku masih tidak mengetahui lagi. Yang penting, rumah harusku kemas. Agak bersepah setelah lama ditinggalkan. Berhabuk pulak tuh. Sabar jela.

Semalam entah kenapa kerinduan yang amat sangat. Rindunyer! Eee..Geram. Hahaa.. Lousy me. Telefon dia je terus. Habis cerita.

Isnin ni ada kelas. Nasib baik dalam pukul 1 start. Boleh rehat-rehat lagi. Tidur lama sikit. Huhuu.. Nak puasa enam la esok. InsyaALLAH.

One Love, Peace!
truely, FarEast

Penatnya



Huhh. Penatnya diriku. Baru sahaja ku sampai di Pekeliling, aku terus call Azam kawan lamaku semasa di sekolah menengah. Dia ingin bertemuku di suatu tempat untuk melepak dan berborak. Tetapi kami tidak tahu hendak menuju ke mana. Akhirnya kami membuat keputusan untuk ke Times Square sahaja.

Aku tiba dahulu. Kemudian call Azam menanyakan dia berada di mana. Masih tidak sampai lagi. Sampai di TS, aku melihat kasut yang cantik dan mampu dibeli oleh ku. Sampai di kedai yang berjenama Vans, aku terkejut besar. Mahal juga harga kasut-kasut Vans ni. Mencapai RM600 juga sepasang kasut Vans. Kasut Asics juga ada dijual. Harganya tidak kurang mahal dengan Vans. Tapi qualiti memang ada. Tahan lama. Berbaloi jika membelinya. Tapi apakan dayaku, aku tidak mempunyai wang sebanyak itu. Setakat hampir RM200 tu, boleh la agaknya. Tapi kalau dah melebihi paras itu, mungkin selepas aku bekerjaya. InsyaALLAH.

Azam sampai 10 minit selepas itu. Kami makan dahulu kemudian bebual-bual kosong tentang kehidupan masing-masing. Cerita kami masing-masing jauh berbeda. Ada masam dan juga manis. Inilah kehidupan. Kami tempuhi jua walaupun banyak halangan yang melanda.

truely, FarEast

Rayer!



Raya!

Setelah sebulan berpuasa di bulan ramadhan, akhirnya umat islam yakni kita meraikan kedatangan syawal iaitu hari raya aidilfitri. Ku tahu semua orang bergembira di bulan syawal, tetapi ada yang masih bersedih kerana berakhirnya bulan yang penuh dengan barakah iaitu bulan ramadhan. Walau bagaimanapun, kita harus menerima bahawa bulan ramadhan sudah berakhir.

Meskipun begitu, ada puasa yang seakan-akan puasa di bulan ramadhan iaitu puasa enam. Antara kelebihan puasa enam adalah umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu menjadi tanda diterima puasa ramadhan yang kita kerjakan. Selain itu, kita juga mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya. Puasa enam juga sebagai tanda bersyukur kepada ni'mat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti ni'mat kesihatan tubuh badan yang baik.

Oleh itu, marilah kita melakukan puasa enam sebagai ibadah tambahan untuk kita mendapat pahala serta membuang dosa-dosa kita yang lepas.

truely, FarEast

Selamat Hari Raya Maaf Zahir

Selamat hari raya untuk semua umat islam di seluruh dunia. Jika ada salah dan silapku, mohon diampunkan dosa-dosaku. Hari ini, daku akan bertolak pulang ke kampung. Selama seminggu lebih, aku akan tidak dapat untuk mengupdatekan blog ini. Maaf dipinta sekali lagi. Walaubagaimanapun, daku akan cuba sedaya-upaya untuk mengupdatekan blog ini semasa di kampung halamanku.

Setelah sekian lama, hari yang ditunggu-tunggu untukku pulang ke kampung sudah tiba. Kepada yang belum pulang, segeralah pulang ke kampung anda. Ingatlah orang yang tersayang semasa memandu kereta atau motor. Sesungguhnya membawa secara laju dan kelam kabut adalah amat merbahaya sekali dan boleh membawa kecundang.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir. Andai tersalah bahasa dan ada yang terasa kerana blog ini, maaf dipinta.

truely, FarEast

Happy Bezday Zul yang ke-20


Selamat hari lahir Zul. Semoga kamu di dimudahkan rezeki, panjang umur dan mudah segala-galanya. Tidak kusangkakan sudah 20 tahun pun kamu. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Semoga dengan kedatangan umurmu yang ke 20 tahun ini, mengajarmu erti kehidupan, kesejahteraan, kepentingan dan kebahagiaan. Sekian, wasalam.

truely, FarEast

Last Day

Hari terakhir aku berada di sini sebelum aku pulang ke kampung halamanku. Aku gembira, tetapi aku juga akan meninggalkan rakan-rakanku di sini. Akan kurasakan kerinduan yang amat. Tetapi hanyalah untuk sementara. Memang lumrah hidup, bila berjumpa pasti akan ada perpisahan. Tidak kiralah sejenak sahaja mahukan yang lama. Kita haruslah tabah menghadapinya.

Raya ini aku hanya membawa diri. Mood untuk rayaku, masih lagi tersimpan, tidak mahu keluar menikmati. Entah kenapa tahun ini aku merasakan yang perayaan ini tidak berapa seronok. Mungkin dengan kekusutan di dalam minda menghantui diriku dengan test dan asignment.

Aku rasa bersedih kerana bulan Ramadhan beransur habis. Sungguh sekejap sahaja kurasakan Ramadhan kali ini. Kenapa sekejap sangat ianya datang dan sungguh sekejap sahaja ianya berlalu pergi. Ku mahukan Ramadhan yang lebih lama. Mungkinkah aku masih mendapat peluang untuk merasakan Ramadhan pada tahun hadapan.



truely, FarEast

Halaman

Ku di halaman rindu kepada family dan kawan-kawanku. Lebih-lebih lagi dengan tibanya hari raya yang mulia ini. Semakin lama, debaran hatiku makin tidak sabar untuk pulang ke kampung halamanku di Kuantan. Sudah lama juga tidak ku dengar berita dari kawan-kawanku.

Selasa. Awal ke kelas hari ini disebabkan hujan yang turun mencurah-curah tidak berhenti. Sejuk kurasakan. Kucapai sweater dan terus bergerak ke kolej. Kelihatan tidak ramai pelajar yang datang ke kolej. Mungkin halangan hujan terlalu berat bagi mereka. Atau, mood raya yang menghalang mereka datang ke kolej.

hanya dua buah kelas di waktu pagi dan dua lagi kelas di waktu petang. Ini memberikan aku masa untuk berehat sejenak dan masa untukku menulis blog ini. Sudah lama idea untuk ke tuliskan nukilan tidak sampai ke benakku. Mungkin kerana mood dan keletihan yang amat menghalang otakku berfikir. Mudah-mudahan selepas ini minda dan akalku boleh lagi berfikir.

Semasa di lab, aku sempat snap gambar candid tentang apa yang kami lakukan.



3 Hari Lagi

Hari ini hari Isnin. Khamis ini, aku dah balik Kuantan dah. My hometown. Rindunya kat family dan kawan-kawan di sana. Apa agaknya rancangan-rancangan mereka tahun ini. Mesti seronok. Lagi la membuatku makin tidak sabar untuk pulang ke kampungku.

Tahun ni, aku menaiki Sani Express. Busnya 2 tingkat. VIP kot. Aku pernah menaikinya dan memang memuaskan hati. Tidak rugi untuk mengeluarkan sebilangan wang untuk sampai ke Pantai Timur. Tapi yang agak mengecilkan hatiku, aku terpaksa naik di Hentian Putra di PWTC. Sudah la aku tidak pernah ke sana. Risau juga jika aku tidak ketemu dengan bus itu nanti. Walau apa-apa sekalipun, aku harus yakin dan terus yakin.

Semua asignment dah siap. Sekarang tinggal lagi kuiz dan test je yang masih belum sempurna. Sebelum raya dan selepas raya. Mood raya pun dah hilang dah sebab test dan asignment banyak. Tapi tidak mengapa. Dah nama pun seorang pelajar. Memang tanggungjawab aku untuk menyelesaikan semua itu.

truely, FarEast

No Mood

Selama seminggu ni, mood aku tiada untuk menulis blog.Mungkin kerana tekanan sedikit.Lagi-lagi dengan kejadian yang tidak diingini berlaku petang tadi.Aku hampir-hampir dapat berjumpa dengannya.Begitu hampir sehinggakan dia dan aku masih tidak dapat berjumpa.Setapak, dalam Kuala Lumpur je.Daku pun sama.Ada je halangan dan rintangan yang melanda kami.Dah la dia baru sampai semalam.Hari ni pula tergesa-gesa balik UITM sebab kawannya ada hal lain.Berkecamuk hatiku kerana kebatalan untuk ketemu pada hari ini.Kenapa perlu adanya halangan dan rintangan? Kenapa kami terpaksa menempuhnya?

Aku kelu tiada kata.Tiada petunjuk yang boleh menerangkan kenapa terjadinya sebegini.Haruskah ku menempuh semua ini atau cerita lama, aku tutup dan buat cerita baru dan hidup baru.Buang yang keruh, ambil yang jernih.Lagipun, dia sepertinya tidak mahu dirujuk balik.Apa dayaku jika dia sudah demikian.Ku hanya mampu berdoa untuk kebahagian dia dan aku sahaja.

truely, FarEast

Raya!!


Raya dah hampir. Jadi elok la kita bermaaf-bermaafan dan memberi kad-kad raya sebagai penghargaan kepada kawan-kawan kita. Saya di sini, ingin memberi kad raya ini kepada kawan-kawan di kolej mahupun di blog ini. Silalah mengambilnya sebagai penghargaan saya terhadap kamu.

One Love, Peace!!
truely, FarEast

Raya Dah Tak Lama, Tetapi....

Raya je dah hampir.
Assignment pun makin banyak.
Due date makin hampir.
Kepala pun hampir-hampir da pening.
Ke mana ku nak melampir?
Aduhaii.........

Sempat ke ku membuatnya sebelum balik raya 17 ni?
Agak-agaknya, sempat la kot...
InsyaALLAH..
Dah la.Pergi beli makanan untuk berbuka pulak.Lapar gila-gila dah ni.

Salam.

Berbuka di Port Klang

4.00 petang:
Aku masih tidak menyiapkan diriku kerana ada yang masih mandi di bilik air.Aku dan Yus terpaksa menunggu giliran untuk masuk ke bilik air.Setelah hampir 10 minit, sumua dah bersiap kecuali aku.Aku terus mandi dan menyiapkan diri.Masalah datang.Bersama siapa aku nak menumpang? Tak kisah lah dengan siapa-siapa pun.Janji boleh ke Klang.Jika tiada, aku balik je.Apa susah.

4.30 petang:
Kami sampai di tempat yang dijanjikan untuk berkumpul.Tetapi, bukan semua orang ada di sana.Dalam hati, aku mengagak dalam pukul 5 jugak ni kami bertolak ke sana.Kami menunggu dan terus menunggu.

5.00 petang:
Semua telah ada.Kami bergerak sebelum pukul 5.Pukul 4.55 barangkali dengan 6 buah kereta.Nasib baik jalan tidak berapa sesak.

7.00 petang:
Kami hampir sampai ke destinasi dan sudah berada di Port Klang.Kelihatan banyak lori-lori kontena yang berada di atas jalan raya.Memang mendebarkan kerana mereka hanya pentingkan diri mereka sahaja.Sungguh bahaya kepada para penunggang motorsikal.

7.15 petang:
Kami sudah bersedia di meja makan.Banyak lauk pauk yang boleh dimakan.Antaranya, ikan siakap 3 rasa, udang masak merah kot, tom yam, sayur and sotong.Memang best.Makan beramai-ramai bertambah-tambah lagi la seronoknya.Sekali dalam setahun sahaja.Dalam bulan puasa lak 2.Tempat dudukku berhadapan dengan laut.Viewnya sugguh cantik.Sudah lama aku tidak melihat pemandangan seperti itu walaupun rumahku memang berhampiran dengan laut di Kuantan.

8.00 malam:
Kami semua sudah habis makan.Bilnya? RM 1200.Agak mahal.Tapi tidak kisah la, makan beramai-ramai.So, boleh la bahagikan.Seorang dalam RM35.Habis membayar, kami ke pesisir pantai untuk berehat dan mengambil gambar kenangan bersama.

9.00:
Semua orang dan pemandu dah decide untuk menghantar Yegin untuk pulang ke rumahnya di Sentosa, Taman Andalas.Memakan masa juga la untuk ke rumahnya.Kereta yang ku naiki, sudah tersesat.Nasib baik la tidak jauh.Tidak lama selepas itu, kami semua sampai di rumah Yegin.Penatnya....

10.00:
Kami semua bergerak balik.Memang penat.Aku naik kereta dengan Bob sebab Gen dah balik.Dengan lajunya, kami bergerak balik.

11.30:
Sampai di rumah.Penat gila!! Mandi and tidur.

Song That Makes Me Remember Of You




p/s: I miss You....:(
really2 damm much..
hurrmm....
hope to see u to kill my missness 2 u..

Palatnya Hari Ini

Palat??
Apa itu palat??


Pada sesiapa yang telah menonton cerita Kami The Movie memang sudah biasa dengan perkataan ini.Tagline bagi cerita ini adalah
"Hidup Ini Memang Palat, Tapi Esok Masih Ada"
bermakna, hidup tidak seindah yang disangkakan.Ada banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi dan hidup harus diteruskan kerana esok masih ada selagi nyawa dikandung badan..

Nak dijadikan cerita, hari ni sememangnya hari yang paling aku tidak gemari kerana jadual waktuku memang padat lagi sensari.Bayangkanlah, kelas dari pukul 8.00 pagi sehigga pukul 12.00 tengah hari.Gab hanya sejam kemudian kelas dari pukul 1.00 petang sehinggalah pukul 6 lebih.Memang dan sepastinya amat terseksa dan menyakitkan badan.

Tapi apa yang paling tidak disangkakan, semua kelas petang adalah dibatalkan dan hampir kami semua tidak tahu.Betapa tersiksanya menuggu kelas yang memang tidak ada.Sungguh penat menunggu sesuatu yang tidak pasti.Nasib baik la kami berada di dalam bulan puasa.Tahap kesabaran masih boleh lagi disukat dan di "block" kan.Syukur Alhamdulillah.Tapi, hati masih lagi sakit dan pedih akibat kerana itu.

truely, FarEast

1 Malaysia


Bersempena saya sebagai seorang warga Malaysia, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN kepada seluruh warga Malaysia.Semoga dengan tagline 1 Malaysia ini dapat merapatkan lagi hubungan antara warga-warga Malaysia..

Semoga kita dan negara kita terus maju dan bersaing seiring negara maju yang lain.Dengan ini, saya melaungkan:

MERDEKA!!
MERDEKA!!
MERDEKA!!
MERDEKA!!


One Love, Peace!!
truely, FarEast

Ahad

Ahad...
kalau dalam Islam bermaksud Allah yang Esa...

Tapi bukan itu yang sedang aku cuba perkatakan.Ia adalah berkenaan hari Ahad.Kadang-kadang, aku bosan dengan hari Ahad sebab esokkannya dah kene ke kelas.Malasnya..Letih pun sama.Tapi apakan dayaku, kerana inilah kehidupan seorang pelajar..

"Student Life"


Baiklah, hari ini hari Ahad.Dalam blog aku je.Kat luar skunk dah hari lain.Setelah aku tidak tidur malam semalam, aku terus tertidur selepas bersahur.Ingatkan nak solat dulu.Tapi, solat dalam mimpi la kot..
Hehehehehe..

"xdapat den nak nolongnya.."

Pukul 10 pagi aku terjaga.Lantas teringatkan bahawa Epy nak ke Low Yat untuk membeli graphic card.

"Dia nak main game supaya game 2 lebih power..Biasa la.Kalau dah nama kaki main game kan..Hehehe..Jangan marah ye Epy.."

So, kami bergerak ke Low Yat pada pukul 2.15 petang.Sampai je kat sana, kami mencari browser untuk melihat harga jualan yang berkenaan.Banyak kedai yang mahal..So, kami ke View Net, Sri Computer dan All IT.Harga lebih kurang tetapi tempat yang berbeza..
Akhirnya, kami ke View Net kerana sebelum ini, kami membeli desktop di sana.Harga untuk graphic card ATI HIS 4650 RM190.Murah sedikit kerana hanya 512MB dan 128bit sahaja.Sekali dengan crossair lak 2.Boleh guna 2 graphic card serentak dengan syarat ada crossair.Then beli power supply dan ram 2G.Total semuanya, hampir RM400...



p/s: Kesimpulannya, jika anda memang berminat untuk bermain game, maka anda memang tidak rugi untuk mengeluarkan sebilangan wang untuk puaskan hati anda sendiri semasa bermain game..Tetapi, janganlah lalai dengan game sahaja...;D


One Love, Peace!!
truely, FarEast

Dengarkan dan Renungilah

Rm, RM, rm...

RM 300 in RM 10??
Hows That??





Wah...
Aku kaya!!!
Hahahaha...
Kaya ngn duit rm10..
huhuu...

Popular Posts

Nuff