Powered By Blogger

Malaysia!

Malaysia!

Twitter

Coretan


ShoutMix chat widget

Maintain by

My Photo
jIwA mUsiC aRt
View my complete profile

Followers

Get To Talk About..




Me = bagi saya nickname dari awak..

Nurul = "si KECIK"


Me = adakah saya pengganggu hidup awak..

Nurul = "Tidak!"


Me = nasihat untuk saya..

Nurul = "fikir sesuatu perkara sebaiknya.."


Me = are you hate or loving me..

Nurul = "love of course!"


Me = kat mana kita bertemu or mula-mula kenal?

Nurul = "kat Lets Chat!"


Me = anggapan pertama awak melihat saya?

Nurul = "pendiam! kurang tinggi..ngeee..."


Me = ciri-ciri sy dalam satu perkataan..

Nurul = "ok laa..."


Me = my good attitude..

Nurul = "membawa ke jalan yang benar.."


Me = my bad attitude..

Nurul = "TINGGALKAN SAYA!!"


Me = Perkara yang membuatkan awak mengigatkan saya..

Nurul = "the moment you call me BABY.."


Me = lagu yang buat awak terfikirkan saya..

Nurul = 'Ku Mahu Kau Tahu by HUJAN"


Me = nama saya dalam contact handphone awak?

Nurul = "_fiq_"


Me = awak teringin nak beritahu saya bahawa...

Nurul = "no komen..."


Me = saya sebagai apa di dalam hati awak??

Nurul = "someone yang bermakna.."

Aktiviti??

Salam...

"Apa yang aku nak buat eh hari ni??"
"Jam tangan aku da la masih tidak berbateri lagi..
Macam mana nak tengok jam macam ni.."
"xselesa la..."


Hari ini sudah seminggu jam tanganku tidak melekat di tanganku kerana baterinya sudah mati..
Ku sangkakan seperti itu tetapi apa masalahnya, aku masih tidak mengetahui lagi..


Aku="Amin, jom g KLCC jap.."
"Aku nak g swatch la tengok cmne jam aku ni elok lagi ke x.."
Mah="Jom g Mid Valley la..Kat sne kte bleh jmpe Cipun ngn awek baru.."
Aku="Bleh gak 2..Aku xkisah.."
Amin="Boleh aje..."


Sampai di sana, kami mencari kedai Swatch..
Sampai je di sana aku bertanyakan kenapa jam ni tidak bergerak..
Akhirnya, aku mendapat berita yang agak mendukacitakan..
Jam tanganku sudah rosak...
Sedih, hiba perasaanku..
Ianya pemberian akakku yang berharga RM380
Sudah lama jam itu bertapak di pergelangan tanganku..
Tidak kusangkakan sudah 4 tahun aku memakainya, minggu lepas ia meninggalkan aku kesorangan tanpa jam lain di sisiku..
Apakan dayaku, ada lagi jam baru bisik hatiku..
Aku sempat melihat jam yang berada di kedai itu..
Ada yang ku minat..
Harganya RM310 dan ianya memang lawa menepati citarasaku..
InsyaALLAH bulan depan, akan ku milikinya jika rezeki memihak kepadaku...


Jam lamaku..



Idaman Kalbu..


Selepas itu, kami berlegar-legar di dalam Mid Valley..
Sampai di "Pets Store" aku tergamam melihat haiwan-haiwan di sana..
Semuanya cantik-cantik..
Ada kucing, burung, ikan dan macam-macam lagi...
Memang tidak dapat nak digambarkan..
"You all must see for yourself!"
Kemudian kami berjumpa cipun dan balik ke rumah dan berlegar-legar di tasik Permaisuri...

truely Far-East®

Futsal Lagi

Salam..

"Nak main futsal lagi ke??"
"Kul bpe nak main nie??'
"Kul 8.00 malam.."
"Hari apa??
"Hari rabu malam??"
"Ok set!"


'Selepas bermain'


"xpuas la main.."
"Kalau dapat main 2 jam bru syok!"
"Nak wt cmne, da ada org yg tempah awal.."
"Lain kali kita main lagi.."


Malam tadi, aku dan budak kelas bersama-sama budak-budak rumahku, kami bermain futsal..
Tapi memang tidak puas kerana aku dan 'housemate' ku hanya sempat bermain futsal hanya untuk 15 minit sahaja..
Ini kerana, ada orang yang terlebih dahulu menyewa 'court' itu terlebih dahulu..
Walaubagaimanapun, aku berpuas hati kerana dapat bermain walaupun seketika waktu sahaja..
InsyaALLAH kalau diizinkan ALLAH, kami akan bermain lagi di masa-masa yang akan datang kelak..

truely Far-East®

Tamparan..


"u ni mcm bangang..
sume xleh.."


Adakah ini balasanku??
Adakah aku melakukan sesuatu yang amat mendukacitakan??
Adakah aku memang menjadi mangsa??
Adakah aku memang ditakdirkan macam ini??
Adakah aku mengajar dia sebegini??
Inikah layanan yang sepatotnya??
Adakah aku orang yang berdosa??
Adakah aku pernah melarang semua perkara yang boleh dilakukannya??
Adakah aku langsung tidak pernah mengambil berat terhadapnya??
Adakah aku sentiasa memarahinya??
Adakah aku sentiasa melarangnya??


'Aku tidak pernah mengajarnya menjadi seperti ini bahkan aku langsung tidak pernah menyebut perkataan yang tidak elok di hadapannya...'
'Aku tidak pernah melarang dia keluar dengan kawan-kawan bahkan aku lebih suka jika dia bergaul dengan orang lain..'
'Aku langsung tidak pernah melarang apa-apa pun..'
'Tapi ini yang berlaku..'
'Hakikatnya..'


Ia tamparan yang dahsyat bagi aku..
Tidak pernah aku merasai perasaan sayu sebegini..
Tapi, ini yang aku dapat..
Apakan dayaku..
Aku tidak berdaya...
Maafkan aku kerana aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa..T.T


truely Far-East®

Fully


Salam..

At this time, im fully delete my earlier blog..
Its a shame to delete it but i had no choice but to eliminate it forever and whenever..
Huhh..
Now its gone..

truely Far-East®

1st Week Of Study..

Salam..

1st week of my study..
Not all classes were full and having a lecturer..
Sometimes, some classes cancel..
Typical thing when first week started..
This sem i got 4 subject and only 15 credit hour..
Its a relief because i got many time to prepare me myself to study and attend to classes..
May i study and keep on going to reach my goal InsyaALLAH..

truely Far-East®

Kesengajaan

Salam..

Isnin..
Sepatotnya, this day aku dah start kelas tetapi disebabkan management yang agak tidak berapa sempurna, aku dan kawan-kawan ku ke kolej untuk membuat add and drop subject yang telah mereka masukkan dahulu manakala aku hanyalah mengikut mereka untuk menghilangkan kebosanan di rumah..

Aku tidak menyangka bahawa ramai pelajar-pelajar di tempatku belajar membuat add and drop subject pada hari yang sama..
Amatlah sesak di tingkat 3 kerana pelajar-pelajar harus berjumpa mentor masing-masing untuk membuat add and drop subject..
Aku hanya menunggu di luar dan berbual kosong dengan kawan-kawan ku yang sudah menyelesaikan kerja mereka..

Ternyata memang banyak cerita dari fasi tentang kehidupan mereka menjadi seorang fasi..
Sungguh menarik dan terkejot jugalah cerita mereka..
Tidak kusangkakan bahawa Hal Ehwal Pelajar sudah berkuat kuasa kerana ramai sangat pelajar yang tidak mahu mengikut peraturan kolej..
Tapi aku tidak menyalahkan mereka kerana peraturan manusia hanyalah untuk diingkari..
Terbaru, budak-budak junior dikompaun RM300 sekepala kerana menghisap rokok di dalam tandas..

Sungguh berat kalau difikirkan balik..
Tapi itu semua peraturan manusia..
Biarlah mereka dan keluarga mereka yang menyelesaikan masalah sebegini..
Setelah semuanya selesai, kami makan dan pulang..
Sekian..

truely Far-East®

Menara Tinjau

Salam...

Semasa keluar makan pada hari Sabtu yang amat damai, ada antara kami yang telah mengeluarkan satu idea yang amat bernas iaitu melepak di Menara Tinjau..
Tempat itu sungguh mengujakan diriku kerana suasana tempatnya yang hijau dan tinggi kerana berada di atas bukit..



Dari menara tinjau, aku boleh melihat seluruh Kuala Lumpur dan separuh Selangor sehinggakan aku dapat melihat menara TM..
Hanya tuhan je yang tahu betapa indahnya ciptaan yang telah dia berikan kepada umat manusia..
Kelihatan ada beberapa wau bulan yang meluncur mengikut arus angin yang agak kuat..
Sungguh tidak disangka bahawa wau mereka semua terbang agak tinggi di awan..
Aku rasa kalau aku berkata bahawa wau mereka tinggi menyamai KLCC, korunk mesti tidak akan percaya..
Tapi itulah hakikatnya..
Dari sudut matazi ini, memang ketinggiannya menyamai KLCC malah mengatasinya hampir mengenai awan petang yang sedang berlalu mengikut arus dan kekuatan angin..
Tidak lama selepas itu, aku terlihat burung-burung sedang terbang mengikut angin..
Sungguh bebasnya mereka terbang..
Berlagak semacam je burung itu terbang..
Seperti angin itu tidak akan berhenti sampai bila-bila..
Indahnya perasaan itu...
Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi..
Tapi sayangnya, aku hanyalah manusia biasa dan bukannya burung yang sedang terbang tinggi..
Manusia mempunyai masalah dan manusia menyelesaikan masalah itu sedikit demi sedikit biarpun pahit yang melanda...
Selepas melihat matahari hampir terbenam, kami membuat keputusan untuk makan dan pulang..



Sekian...

truely Far-East®

Hari Yang Tidak Disangka-Sangka..

Salam..

Hari yang tidak disangka-sangka..
Aku dan kawan-kawanku merancang untuk membeli baju kemeja untuk dipakai ke kolej..
Pada pukul 2.30 kami bergerak ke LRT Pandan Jaya untuk ke Bukit Bintang..
Sampai di stesen Hang Tuah, kami dikejutkan dengan dua orang pegawai polis..
Mereka dua orang meminta ic untuk dilihat..
Tanpa disangka-sangka, mereka meminta kami mengikuti mereka ke van polis untuk dibawa ke IPD di KL..

Terkejut dan kelakar pun ada rasanya..
Tidak disangka-sangka betul..
Hahahahaaa....:DD
Dalam keadaan tidak bersalah pun masih boleh ditahan oleh polis atas sebab yang kami tidak membuatnya..
Sampai disana, mereka menjelaskan tujuan mereka membawa kami ke sana..
Mereka memberitahu bahawa tujuan mereka adalah untuk mengecam siapa yang mencabul budak yang berumur 12 tahun lebih itu..
Hanya 10 orang sahaja yang dikenakan kawad cam..
Manakala aku adalah orang yang kesebelas, tidak dikenakan tindakan itu..
Aku hanya menunggu kawan-kawanku yang lain habis dicam..
Memang tidak disangka-sangka..
Hahahahaaha......
Hari yang pelik...
sekian...

truely Far-East®

At Last 20th


Salam...

After all the waiting, i finally reach my age on 20 today 07.07.2009
Ramai yang memberi ucapan..
Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi ucapan dan yang mengingati hari kelahiranku...
Tidak dapat daku lupakan kepada kamu semua yang telah bersama berjuang denganku sejak dari mula lagi tak kira di kolej atau semasa zaman kanak-kanak lagi..
Terima kasih sekali lagi...
Sungguh terharu rasanya...
Malam penuh kesyukuran kepadaku kerana masih bernyawa pada usia 20..

truely Far-East®

Countdown..

Salam..

Now, its a countdown to my bezday on 07.07...
Sedar atau tidak, im becoming to 20th years old..
Am I still young??
I guess so..
But, between death and alive its depends on my faith..
People will die eventually..
Its a matter of time...
Anyway, syukur kepada ALLAH kerana aku masih bernyawa lagi sekarang..
Tidak lama lagi, genaplah usiaku 20 tahun..
Semoga hari-hari yang mendatang kelak boleh aku tempuhi dengan redha dan tenang...

truely, Far-East®

Hello, Hello...


Salam..
Hey you guys and girls..
Welcome to my new blog..
This will be my default blog now..
Hopefully...
Im very thankful to Allah because I can create this new blog..
Enjoy keyh..

truely Far-East®...

Popular Posts

Nuff