Stolen!

Saturday, December 12, 2009



Salam..

Sudah lama ku tidak meng"update"kan blog ini. Maaf ku pohon kerana aku sudah pulang ke kampung halamanku. Di sini, tiada "connectivity internet" kerana dahulu orang-orang yang tidak bertanggungjawab telah memotong wayar telifon di sekitar kawasan sini. Disebabkan kejadian itu, aku dan penduduk di sekitar kawasan ini telah memutuskan talian masing-masing. Risau dengan kelakuan buruk ini, pihak yang terbabit tidak lagi menyambung wayar itu.

Mereka yang berkelakuan buruk itu tadi telah membakar wayar itu dan mengambil tembaganya sahaja. Tembaga yang telah mereka dapat akan dijual kepada pihak yang ingin membelinya. Dengan duit itu, mereka membeli apa yang perlu seperti dadah. Hal ini amat membimbangkan semua penduduk. Bukan sahaja penduduk, bahkan satu Malaysia! Diharapkan, tiada lagi gejala ini di masa-masa yang akan datang.

This is how to enjoy your live!

Saturday, November 21, 2009




Why must now..

Sunday, November 15, 2009





Salam..
Mybe this is the last pos for this week or this month.
I got to go coz i need to stdy.
My final exam just around the corner meyh..
20th evening is my last paper.

Wish me luck my friend.
We'll meet again someday or sometimes.
I will miss you all by the way..


truely, FarEast



2012

Friday, November 13, 2009



2012 memang best. Gempak beb. Rugi kalau xtgk. Semalam aku tengok di panggung Pavilion KL.

Ceritanya agak menarik untuk ditonton. Mempunyai unsur-unsur kejutan dan debaran. Kisah mengenai dunia kita, iaitu bumi hendak musnah. Dalam erti kata yang lain, kiamat!

Kita sebagai orang Islam hendaklah dan mestilah jangan mempercayainya kerana boleh mendatangkan syirik. Aku menonton sekadar hanya untuk membuat renungan di samping berseronok untuk mendapat thrill semasa menonton cerita itu.

Sedikit sebanyak yang aku boleh katakan terhadap cerita itu adalah effect yang mereka design. Memang gempak. CGI mereka membuatkan kita merasakan bahawa kita berada di dalam filem itu sendiri dan merasakan apa yang patot kita rasakan iaitu, ketakutan. Itu sahaja yang dapat ku katakan. Jika terlebih, tiada pula yang mahu menonton. Kepada yang masih belum ke panggung, segeralah dapatkan tiket. Tidak rugi untuk menonton cerita ini.

truely, FarEast

Wahai Kawan-Kawanku..

Wednesday, November 11, 2009




kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi pakai pakaian tak cukup kain?..

untuk perempuan, baju lengan pendek, sleeveless, mini skirt, legging yg menunjukkan susuk tubuh..
untuk lelaki, seluar pendek atas lutut, boxer, etc..
kain semakin mahal, atau manusia semakin miskin?..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi minum arak?..

bangga memegang minuman syaitan di tangan, dipaparkan untuk tontonan umum di Facebook, MySpace, Friendster, etc..
sekadar bergambar katanya, tetapi sedarkah kau perbuatan itu menimbulkan fitnah?..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi mengamalkan seks rambang?..

jangan berfikiran kolot katanya, ini trend zaman sekarang..
tapi sedarkah kau akan dosa-dosa yang kau dan ibu bapa kau tanggung untuk perbuatan kau itu?..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi pegi clubbing?..

terkinja-kinja di pentas tarian, memakai pakaian yang entah apa-apa?
berfoya-foya dengan melakukan benda yang melalaikan..
sedarlah wahai manusia, dunia kian dekat dengan kiamat..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi melakukan hubungan sejenis?..

bangga dengan title gay/les, menontonkan kepada umum keghairahan mereka di laman sosial..
mahu tunggu bencana datang dari Allah SWT, baru ingin bertaubat?..
insaflah wahai manusia!..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi kejap pakai tudung, kejap tidak?..

rambut tetap merupakan aurat, wajib untuk dilindungi setiap masa, tidak kira secara live atau sekadar di dalam gambar..
jangan hanya pakai tudung, tapi kain yang jarang dan tidak menutupi apa-apa..
sedarlah wahai insan, neraka lebih banyak dihuni oleh wanita yang tidak menitik beratkan penjagaan aurat..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi bersentuhan dengan lelaki/​perempuan bukan muhrim tanpa segan silu di khalayak ramai?..

sekadar bermanja katanya, tidak melakukan apa-apa diluar batasan, tapi sedarkah kau tanggapan buruk penganut agama lain terhadap Islam berdasarkan tindakan kau?..
dosa-dosa kau?..


kau rasa malu tak,
mengaku Islam, tapi tindik telinga(​golongan lelaki)?..

sedarkah kau kesalahan bertindik untuk lelaki di dalam Islam?..


kau rasa malu tak sekarang?..
-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​-​

ini baru sedikit..
sedarlah wahai umat Islam sekalian, hidup hanya sementara..
akhirat itu yang pasti..


sekadar ingatan, kepada diri sendiri dan kepada semua..
jadikan ia sebagai pengajaran kepada kita..
ya, manusia tiada yang sempurna, pernah melakukan kesilapan..
tapi kita perlu sedar akan kesilapan itu dan menuju ke jalan yang benar..