Powered By Blogger

Malaysia!

Malaysia!

Twitter

Coretan


ShoutMix chat widget

Maintain by

My Photo
jIwA mUsiC aRt
View my complete profile

Followers

Palatnya Hari Ini

Palat??
Apa itu palat??


Pada sesiapa yang telah menonton cerita Kami The Movie memang sudah biasa dengan perkataan ini.Tagline bagi cerita ini adalah
"Hidup Ini Memang Palat, Tapi Esok Masih Ada"
bermakna, hidup tidak seindah yang disangkakan.Ada banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi dan hidup harus diteruskan kerana esok masih ada selagi nyawa dikandung badan..

Nak dijadikan cerita, hari ni sememangnya hari yang paling aku tidak gemari kerana jadual waktuku memang padat lagi sensari.Bayangkanlah, kelas dari pukul 8.00 pagi sehigga pukul 12.00 tengah hari.Gab hanya sejam kemudian kelas dari pukul 1.00 petang sehinggalah pukul 6 lebih.Memang dan sepastinya amat terseksa dan menyakitkan badan.

Tapi apa yang paling tidak disangkakan, semua kelas petang adalah dibatalkan dan hampir kami semua tidak tahu.Betapa tersiksanya menuggu kelas yang memang tidak ada.Sungguh penat menunggu sesuatu yang tidak pasti.Nasib baik la kami berada di dalam bulan puasa.Tahap kesabaran masih boleh lagi disukat dan di "block" kan.Syukur Alhamdulillah.Tapi, hati masih lagi sakit dan pedih akibat kerana itu.

truely, FarEast

0 comments:

Popular Posts

Nuff