Powered By Blogger

Malaysia!

Malaysia!

Twitter

Coretan


ShoutMix chat widget

Maintain by

My Photo
jIwA mUsiC aRt
View my complete profile

Followers

Rumah Terbuka

Sudah hampir 2 minggu lebih kita berhari raya. Syawal semakin jauh menghilang. Suasana raya masih lagi tidak hilang begitu sahaja. Kami dijemput datang ke rumah terbuka Pak Ngah seorang tauke kedai di tempat yang kami selalu makan dan melepak berhampiran dengan kolej kami. Selain itu, jiran sebelah kami seorang pak cik dan keluarganya yang peramah menjemput kami datang ke rumah mereka.

Kami ke rumah Pak Ngah dahulu kerana mereka adalah yang paling rapat dengan kami. Pak Ngah sekeluarga tinggal di Taman Melur, Ampang. Suasana di rumah Pak Ngah agak lengang kerana masih tidak ramai yang belum hadir. Awal lagi sebenarnya. Sebab itu masih tidak ramai lagi saudara dan kenalan Pak Ngah yang hadir. Setelah hampir sejam di sana, kami membuat keputusan untuk mengundurkan diri kerana semakin ramai yang sudah hadir. Lagipun, kami ada rancangan lain semasa berbual di luar rumah.

Setelah bersalaman, kami ke Menara Tinjau di Ampang, untuk melepak dan menenangkan diri dan fikiran. Indah suasana petang ini. Kelihatan wau dan burung-burung bebas berterbangan tanpa sempadan dan halangan. Jika aku dapat berbuat begitu, alangkah bahagianya hidup. Tiada kekangan dan halangan yang perlu ditempuhi. Kami sempat snap gambar sambil menghirup angin yang segar di menara. Indahnya pandangan dari situ.






Kami bergerak pulang setelah hampir pukul 7 malam. Sampai di rumah, kami mandi manda dan bersiap sedia untuk ke rumah terbuka pak cik sebelah. Dia menyambut kami dan bergurau senda sejenak sebelum beliau melakukan kerja lain sambil melayan tetamu yang datang ke rumahnya. Memang tidak dinafikan memang ramai orang. Berpuas hati jika dibilang kiraannya. Setelah selesai makan, para tetamu dari masjid pula datang. Semakin meriah! Maka, kami mengambil keputusan untuk berlalu pergi kerana kebanyakan meja hampir penuh. Kami bersalaman dan memohon maaf dari beliau dan berlalu pergi ke rumah kami.

truely, FarEast

0 comments:

Popular Posts

Nuff