
Huhh. Penatnya diriku. Baru sahaja ku sampai di Pekeliling, aku terus call Azam kawan lamaku semasa di sekolah menengah. Dia ingin bertemuku di suatu tempat untuk melepak dan berborak. Tetapi kami tidak tahu hendak menuju ke mana. Akhirnya kami membuat keputusan untuk ke Times Square sahaja.
Aku tiba dahulu. Kemudian call Azam menanyakan dia berada di mana. Masih tidak sampai lagi. Sampai di TS, aku melihat kasut yang cantik dan mampu dibeli oleh ku. Sampai di kedai yang berjenama Vans, aku terkejut besar. Mahal juga harga kasut-kasut Vans ni. Mencapai RM600 juga sepasang kasut Vans. Kasut Asics juga ada dijual. Harganya tidak kurang mahal dengan Vans. Tapi qualiti memang ada. Tahan lama. Berbaloi jika membelinya. Tapi apakan dayaku, aku tidak mempunyai wang sebanyak itu. Setakat hampir RM200 tu, boleh la agaknya. Tapi kalau dah melebihi paras itu, mungkin selepas aku bekerjaya. InsyaALLAH.
Azam sampai 10 minit selepas itu. Kami makan dahulu kemudian bebual-bual kosong tentang kehidupan masing-masing. Cerita kami masing-masing jauh berbeda. Ada masam dan juga manis. Inilah kehidupan. Kami tempuhi jua walaupun banyak halangan yang melanda.
truely, FarEast
Penatnya
by........... jIwA mUsiC aRt
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Akhirnya, daku telah melepasi semua final project yang agak tough. Macam mana x tough, kena present lah kot. Itu yang agak tough. Alhamdulil...
-
Hari terakhir aku berada di sini sebelum aku pulang ke kampung halamanku. Aku gembira, tetapi aku juga akan meninggalkan rakan-rakanku di si...


0 comments:
Post a Comment