Powered By Blogger

Malaysia!

Malaysia!

Twitter

Coretan


ShoutMix chat widget

Maintain by

My Photo
jIwA mUsiC aRt
View my complete profile

Followers

Menara Tinjau

Salam...

Semasa keluar makan pada hari Sabtu yang amat damai, ada antara kami yang telah mengeluarkan satu idea yang amat bernas iaitu melepak di Menara Tinjau..
Tempat itu sungguh mengujakan diriku kerana suasana tempatnya yang hijau dan tinggi kerana berada di atas bukit..



Dari menara tinjau, aku boleh melihat seluruh Kuala Lumpur dan separuh Selangor sehinggakan aku dapat melihat menara TM..
Hanya tuhan je yang tahu betapa indahnya ciptaan yang telah dia berikan kepada umat manusia..
Kelihatan ada beberapa wau bulan yang meluncur mengikut arus angin yang agak kuat..
Sungguh tidak disangka bahawa wau mereka semua terbang agak tinggi di awan..
Aku rasa kalau aku berkata bahawa wau mereka tinggi menyamai KLCC, korunk mesti tidak akan percaya..
Tapi itulah hakikatnya..
Dari sudut matazi ini, memang ketinggiannya menyamai KLCC malah mengatasinya hampir mengenai awan petang yang sedang berlalu mengikut arus dan kekuatan angin..
Tidak lama selepas itu, aku terlihat burung-burung sedang terbang mengikut angin..
Sungguh bebasnya mereka terbang..
Berlagak semacam je burung itu terbang..
Seperti angin itu tidak akan berhenti sampai bila-bila..
Indahnya perasaan itu...
Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi..
Tapi sayangnya, aku hanyalah manusia biasa dan bukannya burung yang sedang terbang tinggi..
Manusia mempunyai masalah dan manusia menyelesaikan masalah itu sedikit demi sedikit biarpun pahit yang melanda...
Selepas melihat matahari hampir terbenam, kami membuat keputusan untuk makan dan pulang..



Sekian...

truely Far-East®

0 comments:

Popular Posts

Nuff