Powered By Blogger

Malaysia!

Malaysia!

Twitter

Coretan


ShoutMix chat widget

Maintain by

My Photo
jIwA mUsiC aRt
View my complete profile

Followers

Berbuka di Port Klang

4.00 petang:
Aku masih tidak menyiapkan diriku kerana ada yang masih mandi di bilik air.Aku dan Yus terpaksa menunggu giliran untuk masuk ke bilik air.Setelah hampir 10 minit, sumua dah bersiap kecuali aku.Aku terus mandi dan menyiapkan diri.Masalah datang.Bersama siapa aku nak menumpang? Tak kisah lah dengan siapa-siapa pun.Janji boleh ke Klang.Jika tiada, aku balik je.Apa susah.

4.30 petang:
Kami sampai di tempat yang dijanjikan untuk berkumpul.Tetapi, bukan semua orang ada di sana.Dalam hati, aku mengagak dalam pukul 5 jugak ni kami bertolak ke sana.Kami menunggu dan terus menunggu.

5.00 petang:
Semua telah ada.Kami bergerak sebelum pukul 5.Pukul 4.55 barangkali dengan 6 buah kereta.Nasib baik jalan tidak berapa sesak.

7.00 petang:
Kami hampir sampai ke destinasi dan sudah berada di Port Klang.Kelihatan banyak lori-lori kontena yang berada di atas jalan raya.Memang mendebarkan kerana mereka hanya pentingkan diri mereka sahaja.Sungguh bahaya kepada para penunggang motorsikal.

7.15 petang:
Kami sudah bersedia di meja makan.Banyak lauk pauk yang boleh dimakan.Antaranya, ikan siakap 3 rasa, udang masak merah kot, tom yam, sayur and sotong.Memang best.Makan beramai-ramai bertambah-tambah lagi la seronoknya.Sekali dalam setahun sahaja.Dalam bulan puasa lak 2.Tempat dudukku berhadapan dengan laut.Viewnya sugguh cantik.Sudah lama aku tidak melihat pemandangan seperti itu walaupun rumahku memang berhampiran dengan laut di Kuantan.

8.00 malam:
Kami semua sudah habis makan.Bilnya? RM 1200.Agak mahal.Tapi tidak kisah la, makan beramai-ramai.So, boleh la bahagikan.Seorang dalam RM35.Habis membayar, kami ke pesisir pantai untuk berehat dan mengambil gambar kenangan bersama.

9.00:
Semua orang dan pemandu dah decide untuk menghantar Yegin untuk pulang ke rumahnya di Sentosa, Taman Andalas.Memakan masa juga la untuk ke rumahnya.Kereta yang ku naiki, sudah tersesat.Nasib baik la tidak jauh.Tidak lama selepas itu, kami semua sampai di rumah Yegin.Penatnya....

10.00:
Kami semua bergerak balik.Memang penat.Aku naik kereta dengan Bob sebab Gen dah balik.Dengan lajunya, kami bergerak balik.

11.30:
Sampai di rumah.Penat gila!! Mandi and tidur.

0 comments:

Popular Posts

Nuff