Powered By Blogger

Malaysia!

Malaysia!

Twitter

Coretan


ShoutMix chat widget

Maintain by

My Photo
jIwA mUsiC aRt
View my complete profile

Followers

Can i die. . .





can i die? i do not want anyone to be hurt anymore. i'm such a jerk!
useless boy. only knew to hurt people inside.

can i die? i just can't look at the person that i've hurt. I'm a loser!

can i die? i want this misery end now! i do not want anybody to get the misery again.

can i die? to save it from me...


(silent scream)





Royal Masquerade

Royal Masquerade??
Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apakah dia. Sesiapa yang menyertai dinner ini dikehendaki untuk memakai costume and mask di muka.





Kami sampai di hotel Istana pada pukul 7 bukanlah masa yang tepat tetapi berada di dalam lingkaran masa itu. Kami berlegar-legar di lobi dan ruang menunggu sehingga pukul 7.50 petang kerana pada masa itu barulah kami boleh masuk ke dalam dewan makan.

Ramai juga yang mengikut kod etika berpakaian yang betul. Tetapi ada juga yang hampir-hampir sahaja. Tidak kisah la, janji ada etika berpakaian. Memang semuanya pada malam itu cantik-cantik sahaja. Hampir terpukau kami melihat. Tetapi sayangnya aku tiada camera untuk snap gambar mereka semua. Hanya menunggu soft copy gambar dari rakan-rakanku yang membawa camera pada hari itu.

Kami semua dihidangkan dengan 6 atau 7 hidangan makanan. Sambil menunggu, kami mendengar nyanyian dari band-band junior-junior kami dan menjemput Liyana Fizi Estrella. Dengar cerita sudah menjadi bekas kumpulan. Apa yang terjadi pada mereka semua? Tuhan sahaja yang tahu. Suara dia memang tidak ubah seperti yang kita semua dengar di radio, hand phone atau di computer masing-masing. Love your voice Liyana! And you are pretty..

11.45, majlis hampir tamat. Aku dan rakan-rakanku keluar dari dewan kerana ada acara joget lambak. Kami langsung tidak berminat. Kerana itulah kami cepat sahaja atur langkah. Keluar dari dewan, banyak lah flash dari camera DSLR masing-masing sampai aku naik pusing kepala. Tapi aku berjaya untuk tidak memburukkan keadaan. Banyak sesi fotografi diadakan. Aku hanya mampu melihat sahaja kerana aku malas dan tidak berapa ok untuk mengambil gambar.

12 lebih kami keluar dari hotel dan menuju ke kedai untuk meminum air dan pulang ke rumah untuk berehat. Letih yang amat aku rasakan.

p/s; nanti akan ku uploadkan gambar jika telah mendapatkan soft copy dari rakan-rakanku yang lain.

Tidak ku fahami kenapa?




Tidak ku sangka aku sudah berumur hampir 21 tahun pada tahun 2010. Begitu cepatnya masa berlalu dan masa yang mendatang. Sudah ramai manusia yang aku jumpa semasa melalui hidup ini. Berbagai ragam dan perangai. Dan ramai juga kawanku yang sebegitu. Lelaki dan perempuan, semuanya hampir sama sahaja ragamnya.


Dan tidak ku sangka, aku telah banyak melukakan hati manusia di sekeliling aku. Tapi kenapa aku? Kenapa tidak ujian yang lain? Apa yang aku dah lakukan di masa-masa silam? Siapakah aku di masa dulu..


Ya Allah, tolonglah aku. Bantulah hambamu ini. Ku tidak mahu ada yang terluka lagi selepas ini. Aku tidak mahu mereka bersedih. Aku tidak mahu aku bersedih juga. Apa yang harus aku lakukan.. Haruskah aku muhasabahkan diri ini. Wallahualam..







<3
made by an artist that i like..
such a charisma in her heart.
snap by her..
where the idea came actually?
i wonder..





truely, FarEast.
one Love, Peace!

At Last..



Akhirnya, kami diketemukan dengan Final Project untuk last semester. Petang tadi pada pukul 3, aku dan rakan-rakan telah mendengar taklimat untuk Final Project untuk kos kami. Memang memeranjatkan. Semuanya dikendaki dibuat secara terperinci dan mendalam.

Sungguh sukar kurasakan. Tetapi, aku harus tempuhi jua kerana apabila bekerja kelak, mungkin aku akan menggunakan pengalaman ini untuk membuat projek. InsyaALLAH. Hanya tuhan sahaja yang mengetahui semua.

Kami semua dikehendaki untuk mencari lecturer yang berkenaan untuk dijadikan penyelia kami. Tidak kisah la sesiapa pun asalkan lecturer itu ada pengalaman dalam menyelia Final Projek di semester-semester yang lepas.

Aku dan Bob bergabung menjadi satu group. Ini kerana had maksimum untuk berkumpulan adalah dua orang. Kami bercadang untuk membuat system seperti laman web. Esok kami akan berjumpa penyelia kami Puan Hafizah untuk mendapatkan details-details lagi..

Wasalam..

Kemana Menghilang?

Salam...

Sudah lama ku tidak mengupdatekan blog ini. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa dan mungkin juga tiada yang memikirkannya. Diri ini sering menanyakan persoalan kenapa aku tidak menulis entry? Kemana menghilangnya minda blog aku?

Mungkin kerana cuti yang agak lama telah menenggelamkan minda blogging aku. Tapi tidak mengapa, masih ada masa lagi untukku mengasah minda blog aku. InsyaALLAH. Hanya tuhan sahaja yang mengetahui semuanya.

Popular Posts

Nuff