Powered By Blogger

Malaysia!

Malaysia!

Twitter

Coretan


ShoutMix chat widget

Maintain by

My Photo
jIwA mUsiC aRt
View my complete profile

Followers

Letih Dan Bosan Kelas Terakhir?

Hari ini memang meletihkan kerana jadual waktuku yang terlalu padat. Tiada masa untukku merehatkkan badan. Letih yang amat kurasakan. Tapi apakan dayaku kerana itulah yang telah ditetap oleh pihak kolej kepada kami.

Kelas pagi memang tiada halangan lagi kerana masih awal dan penuh dengan tenaga. Namun, setelah sampai ke peringkat tengah hari, letih sudah kurasakan. Walaupun aku sudah makan di waktu tengah hari, tetapi penat masih dirasai.

Sampai di kelas yang terakhir pada pukul 5 petang, aku makin keletihan dan tidak bermaya. Untuk memberiku semangat supaya tidak tidur, aku mengganggu rakan-rakanku. Selain itu, aku melakarkan lakaran di buku notaku. Itulah yang terdaya ku lakukan. Sedikit lampiran dariku semasa kebosanan.





[p/s] sory epy sbb guna pic ko..;D


truely, FarEast

Miss My Nephew





Miss her a lot.. Nor Ain Qamarina Binti Yusri

Bingkisan Raye Ku



Akakku yang dikasihi.
Cantikkan mereka.
Bondaku yang tersayang.

Hari Ini, Hari Esok dan Hari Seterusnya

Apa kebenda ku nak buat hari ni? Keluar ke? Berehat sahaja or meng'online'kan dirikuh. Entahla. Daku masih tidak mengetahui lagi. Yang penting, rumah harusku kemas. Agak bersepah setelah lama ditinggalkan. Berhabuk pulak tuh. Sabar jela.

Semalam entah kenapa kerinduan yang amat sangat. Rindunyer! Eee..Geram. Hahaa.. Lousy me. Telefon dia je terus. Habis cerita.

Isnin ni ada kelas. Nasib baik dalam pukul 1 start. Boleh rehat-rehat lagi. Tidur lama sikit. Huhuu.. Nak puasa enam la esok. InsyaALLAH.

One Love, Peace!
truely, FarEast

Penatnya



Huhh. Penatnya diriku. Baru sahaja ku sampai di Pekeliling, aku terus call Azam kawan lamaku semasa di sekolah menengah. Dia ingin bertemuku di suatu tempat untuk melepak dan berborak. Tetapi kami tidak tahu hendak menuju ke mana. Akhirnya kami membuat keputusan untuk ke Times Square sahaja.

Aku tiba dahulu. Kemudian call Azam menanyakan dia berada di mana. Masih tidak sampai lagi. Sampai di TS, aku melihat kasut yang cantik dan mampu dibeli oleh ku. Sampai di kedai yang berjenama Vans, aku terkejut besar. Mahal juga harga kasut-kasut Vans ni. Mencapai RM600 juga sepasang kasut Vans. Kasut Asics juga ada dijual. Harganya tidak kurang mahal dengan Vans. Tapi qualiti memang ada. Tahan lama. Berbaloi jika membelinya. Tapi apakan dayaku, aku tidak mempunyai wang sebanyak itu. Setakat hampir RM200 tu, boleh la agaknya. Tapi kalau dah melebihi paras itu, mungkin selepas aku bekerjaya. InsyaALLAH.

Azam sampai 10 minit selepas itu. Kami makan dahulu kemudian bebual-bual kosong tentang kehidupan masing-masing. Cerita kami masing-masing jauh berbeda. Ada masam dan juga manis. Inilah kehidupan. Kami tempuhi jua walaupun banyak halangan yang melanda.

truely, FarEast

Rayer!



Raya!

Setelah sebulan berpuasa di bulan ramadhan, akhirnya umat islam yakni kita meraikan kedatangan syawal iaitu hari raya aidilfitri. Ku tahu semua orang bergembira di bulan syawal, tetapi ada yang masih bersedih kerana berakhirnya bulan yang penuh dengan barakah iaitu bulan ramadhan. Walau bagaimanapun, kita harus menerima bahawa bulan ramadhan sudah berakhir.

Meskipun begitu, ada puasa yang seakan-akan puasa di bulan ramadhan iaitu puasa enam. Antara kelebihan puasa enam adalah umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu menjadi tanda diterima puasa ramadhan yang kita kerjakan. Selain itu, kita juga mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya. Puasa enam juga sebagai tanda bersyukur kepada ni'mat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti ni'mat kesihatan tubuh badan yang baik.

Oleh itu, marilah kita melakukan puasa enam sebagai ibadah tambahan untuk kita mendapat pahala serta membuang dosa-dosa kita yang lepas.

truely, FarEast

Selamat Hari Raya Maaf Zahir

Selamat hari raya untuk semua umat islam di seluruh dunia. Jika ada salah dan silapku, mohon diampunkan dosa-dosaku. Hari ini, daku akan bertolak pulang ke kampung. Selama seminggu lebih, aku akan tidak dapat untuk mengupdatekan blog ini. Maaf dipinta sekali lagi. Walaubagaimanapun, daku akan cuba sedaya-upaya untuk mengupdatekan blog ini semasa di kampung halamanku.

Setelah sekian lama, hari yang ditunggu-tunggu untukku pulang ke kampung sudah tiba. Kepada yang belum pulang, segeralah pulang ke kampung anda. Ingatlah orang yang tersayang semasa memandu kereta atau motor. Sesungguhnya membawa secara laju dan kelam kabut adalah amat merbahaya sekali dan boleh membawa kecundang.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir. Andai tersalah bahasa dan ada yang terasa kerana blog ini, maaf dipinta.

truely, FarEast

Happy Bezday Zul yang ke-20


Selamat hari lahir Zul. Semoga kamu di dimudahkan rezeki, panjang umur dan mudah segala-galanya. Tidak kusangkakan sudah 20 tahun pun kamu. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Semoga dengan kedatangan umurmu yang ke 20 tahun ini, mengajarmu erti kehidupan, kesejahteraan, kepentingan dan kebahagiaan. Sekian, wasalam.

truely, FarEast

Last Day

Hari terakhir aku berada di sini sebelum aku pulang ke kampung halamanku. Aku gembira, tetapi aku juga akan meninggalkan rakan-rakanku di sini. Akan kurasakan kerinduan yang amat. Tetapi hanyalah untuk sementara. Memang lumrah hidup, bila berjumpa pasti akan ada perpisahan. Tidak kiralah sejenak sahaja mahukan yang lama. Kita haruslah tabah menghadapinya.

Raya ini aku hanya membawa diri. Mood untuk rayaku, masih lagi tersimpan, tidak mahu keluar menikmati. Entah kenapa tahun ini aku merasakan yang perayaan ini tidak berapa seronok. Mungkin dengan kekusutan di dalam minda menghantui diriku dengan test dan asignment.

Aku rasa bersedih kerana bulan Ramadhan beransur habis. Sungguh sekejap sahaja kurasakan Ramadhan kali ini. Kenapa sekejap sangat ianya datang dan sungguh sekejap sahaja ianya berlalu pergi. Ku mahukan Ramadhan yang lebih lama. Mungkinkah aku masih mendapat peluang untuk merasakan Ramadhan pada tahun hadapan.



truely, FarEast

Halaman

Ku di halaman rindu kepada family dan kawan-kawanku. Lebih-lebih lagi dengan tibanya hari raya yang mulia ini. Semakin lama, debaran hatiku makin tidak sabar untuk pulang ke kampung halamanku di Kuantan. Sudah lama juga tidak ku dengar berita dari kawan-kawanku.

Selasa. Awal ke kelas hari ini disebabkan hujan yang turun mencurah-curah tidak berhenti. Sejuk kurasakan. Kucapai sweater dan terus bergerak ke kolej. Kelihatan tidak ramai pelajar yang datang ke kolej. Mungkin halangan hujan terlalu berat bagi mereka. Atau, mood raya yang menghalang mereka datang ke kolej.

hanya dua buah kelas di waktu pagi dan dua lagi kelas di waktu petang. Ini memberikan aku masa untuk berehat sejenak dan masa untukku menulis blog ini. Sudah lama idea untuk ke tuliskan nukilan tidak sampai ke benakku. Mungkin kerana mood dan keletihan yang amat menghalang otakku berfikir. Mudah-mudahan selepas ini minda dan akalku boleh lagi berfikir.

Semasa di lab, aku sempat snap gambar candid tentang apa yang kami lakukan.



3 Hari Lagi

Hari ini hari Isnin. Khamis ini, aku dah balik Kuantan dah. My hometown. Rindunya kat family dan kawan-kawan di sana. Apa agaknya rancangan-rancangan mereka tahun ini. Mesti seronok. Lagi la membuatku makin tidak sabar untuk pulang ke kampungku.

Tahun ni, aku menaiki Sani Express. Busnya 2 tingkat. VIP kot. Aku pernah menaikinya dan memang memuaskan hati. Tidak rugi untuk mengeluarkan sebilangan wang untuk sampai ke Pantai Timur. Tapi yang agak mengecilkan hatiku, aku terpaksa naik di Hentian Putra di PWTC. Sudah la aku tidak pernah ke sana. Risau juga jika aku tidak ketemu dengan bus itu nanti. Walau apa-apa sekalipun, aku harus yakin dan terus yakin.

Semua asignment dah siap. Sekarang tinggal lagi kuiz dan test je yang masih belum sempurna. Sebelum raya dan selepas raya. Mood raya pun dah hilang dah sebab test dan asignment banyak. Tapi tidak mengapa. Dah nama pun seorang pelajar. Memang tanggungjawab aku untuk menyelesaikan semua itu.

truely, FarEast

No Mood

Selama seminggu ni, mood aku tiada untuk menulis blog.Mungkin kerana tekanan sedikit.Lagi-lagi dengan kejadian yang tidak diingini berlaku petang tadi.Aku hampir-hampir dapat berjumpa dengannya.Begitu hampir sehinggakan dia dan aku masih tidak dapat berjumpa.Setapak, dalam Kuala Lumpur je.Daku pun sama.Ada je halangan dan rintangan yang melanda kami.Dah la dia baru sampai semalam.Hari ni pula tergesa-gesa balik UITM sebab kawannya ada hal lain.Berkecamuk hatiku kerana kebatalan untuk ketemu pada hari ini.Kenapa perlu adanya halangan dan rintangan? Kenapa kami terpaksa menempuhnya?

Aku kelu tiada kata.Tiada petunjuk yang boleh menerangkan kenapa terjadinya sebegini.Haruskah ku menempuh semua ini atau cerita lama, aku tutup dan buat cerita baru dan hidup baru.Buang yang keruh, ambil yang jernih.Lagipun, dia sepertinya tidak mahu dirujuk balik.Apa dayaku jika dia sudah demikian.Ku hanya mampu berdoa untuk kebahagian dia dan aku sahaja.

truely, FarEast

Raya!!


Raya dah hampir. Jadi elok la kita bermaaf-bermaafan dan memberi kad-kad raya sebagai penghargaan kepada kawan-kawan kita. Saya di sini, ingin memberi kad raya ini kepada kawan-kawan di kolej mahupun di blog ini. Silalah mengambilnya sebagai penghargaan saya terhadap kamu.

One Love, Peace!!
truely, FarEast

Raya Dah Tak Lama, Tetapi....

Raya je dah hampir.
Assignment pun makin banyak.
Due date makin hampir.
Kepala pun hampir-hampir da pening.
Ke mana ku nak melampir?
Aduhaii.........

Sempat ke ku membuatnya sebelum balik raya 17 ni?
Agak-agaknya, sempat la kot...
InsyaALLAH..
Dah la.Pergi beli makanan untuk berbuka pulak.Lapar gila-gila dah ni.

Salam.

Berbuka di Port Klang

4.00 petang:
Aku masih tidak menyiapkan diriku kerana ada yang masih mandi di bilik air.Aku dan Yus terpaksa menunggu giliran untuk masuk ke bilik air.Setelah hampir 10 minit, sumua dah bersiap kecuali aku.Aku terus mandi dan menyiapkan diri.Masalah datang.Bersama siapa aku nak menumpang? Tak kisah lah dengan siapa-siapa pun.Janji boleh ke Klang.Jika tiada, aku balik je.Apa susah.

4.30 petang:
Kami sampai di tempat yang dijanjikan untuk berkumpul.Tetapi, bukan semua orang ada di sana.Dalam hati, aku mengagak dalam pukul 5 jugak ni kami bertolak ke sana.Kami menunggu dan terus menunggu.

5.00 petang:
Semua telah ada.Kami bergerak sebelum pukul 5.Pukul 4.55 barangkali dengan 6 buah kereta.Nasib baik jalan tidak berapa sesak.

7.00 petang:
Kami hampir sampai ke destinasi dan sudah berada di Port Klang.Kelihatan banyak lori-lori kontena yang berada di atas jalan raya.Memang mendebarkan kerana mereka hanya pentingkan diri mereka sahaja.Sungguh bahaya kepada para penunggang motorsikal.

7.15 petang:
Kami sudah bersedia di meja makan.Banyak lauk pauk yang boleh dimakan.Antaranya, ikan siakap 3 rasa, udang masak merah kot, tom yam, sayur and sotong.Memang best.Makan beramai-ramai bertambah-tambah lagi la seronoknya.Sekali dalam setahun sahaja.Dalam bulan puasa lak 2.Tempat dudukku berhadapan dengan laut.Viewnya sugguh cantik.Sudah lama aku tidak melihat pemandangan seperti itu walaupun rumahku memang berhampiran dengan laut di Kuantan.

8.00 malam:
Kami semua sudah habis makan.Bilnya? RM 1200.Agak mahal.Tapi tidak kisah la, makan beramai-ramai.So, boleh la bahagikan.Seorang dalam RM35.Habis membayar, kami ke pesisir pantai untuk berehat dan mengambil gambar kenangan bersama.

9.00:
Semua orang dan pemandu dah decide untuk menghantar Yegin untuk pulang ke rumahnya di Sentosa, Taman Andalas.Memakan masa juga la untuk ke rumahnya.Kereta yang ku naiki, sudah tersesat.Nasib baik la tidak jauh.Tidak lama selepas itu, kami semua sampai di rumah Yegin.Penatnya....

10.00:
Kami semua bergerak balik.Memang penat.Aku naik kereta dengan Bob sebab Gen dah balik.Dengan lajunya, kami bergerak balik.

11.30:
Sampai di rumah.Penat gila!! Mandi and tidur.

Song That Makes Me Remember Of You




p/s: I miss You....:(
really2 damm much..
hurrmm....
hope to see u to kill my missness 2 u..

Palatnya Hari Ini

Palat??
Apa itu palat??


Pada sesiapa yang telah menonton cerita Kami The Movie memang sudah biasa dengan perkataan ini.Tagline bagi cerita ini adalah
"Hidup Ini Memang Palat, Tapi Esok Masih Ada"
bermakna, hidup tidak seindah yang disangkakan.Ada banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi dan hidup harus diteruskan kerana esok masih ada selagi nyawa dikandung badan..

Nak dijadikan cerita, hari ni sememangnya hari yang paling aku tidak gemari kerana jadual waktuku memang padat lagi sensari.Bayangkanlah, kelas dari pukul 8.00 pagi sehigga pukul 12.00 tengah hari.Gab hanya sejam kemudian kelas dari pukul 1.00 petang sehinggalah pukul 6 lebih.Memang dan sepastinya amat terseksa dan menyakitkan badan.

Tapi apa yang paling tidak disangkakan, semua kelas petang adalah dibatalkan dan hampir kami semua tidak tahu.Betapa tersiksanya menuggu kelas yang memang tidak ada.Sungguh penat menunggu sesuatu yang tidak pasti.Nasib baik la kami berada di dalam bulan puasa.Tahap kesabaran masih boleh lagi disukat dan di "block" kan.Syukur Alhamdulillah.Tapi, hati masih lagi sakit dan pedih akibat kerana itu.

truely, FarEast

Popular Posts

Nuff