Permulaan Ramadhan...
Pukul 4 pagi lagi, Epy seorang kawan merangkumi salah seorang budak rumah kami telah mengejutkan kesemua isi rumah untuk bersahur bersama-sama..Pada pukul 4.30 pagi, barulah kami semua bangun dan mula bergerak ke kedai mamak yang bernama Alim..Dengan menaiki motor, kami sampai di sana..Sungguh sejuk keadaannya tetapi damai kerana tidak sesak..Sampai di Alim, aku dan kawan-kawan memesan air dan makanan...Tetapi aku dan Zaim, hanya memakan burger di gerai Abang Din sahaja kerana tiada selera untuk memakan makanan yang terlalu berat iaitu nasi...
Pukul 5 pagi, hampir semua orang sudah memakan makanan mereka termasuk aku...Kami bergerak dari Alim ke rumah pada pukul 5.40 minit pagi..Mereka semua tidur selepas menunaikan solat subuh tetapi aku tidak dapat nak tidur kerana Abangku yang bekerja di Bangi hendak pulang ke kampung dan dia telah mengajakku balik selepas subuh..Lama aku tunggu..Subuh pun hampir tamat waktunya dan kelibat kereta Myvi abangku langsung tidak kelihatan..Aku kebingungan.Kemanakah dia pergi..Aku jadi tidak tentu arah..Aku tidak boleh melelapkan mata.Nanti apabila dia sampai, aku takut aku tidak dapat bangun lagi sebab terlalu letih..
Pukul 8 pagi, aku dah ketidaktahuan lagi hendak berbuat apa-apa..Akhinya, aku tertido semasa aku membaringkan diriku di atas tilam..Hampir pukul 9 lebih, aku terbangun..Tetapi masih tiada panggilan dari abangku..Mungkin aku patot menelefonnya.Tiada yang mengangkat? Pelik..Tidak lama selepas itu, abangku menghantar mesej.Katanya pukul 11..Aku pun menuggu sampai saat itu...Aku pun pulang bersama mereka ke kampung..Samapi di kampung, aku terus membentangkan diriku kerana terlalu penat sampai la ke waktu maghrib..Seronoknya berbuka puasa bersama Family..
Hari kedua Ramadhan..
Aku terlebih tidur..Tidak kusangkakan bahawa aku bangun dalam lingkungan pukul 10 pagi.Tidak pernah ku bangun selewat ini..Mungkin kerana terlampau letih agaknya..
Bangun sahaja aku dari tidurku, kakakku bertanyakan aku tentang tiket pulang ke kampung..Katanya, tiket hampir habis..Lantas aku tergesa-gesa mandi dan meminjam motor kepunyaan adikku 125 Z..Asalkan ada motor, jadi la..Sampai di Terminal Makmur, aku teros meletakkan motor dan berjalan ke tempat penjualan tiket bas Sani Express..
Sani Express memang khusus untuk perjalanan ke pantai timur..
Alangkah gembiranya hatiku kerana tiket masih ada walaupun aku terpaksa naik bus di Hentian Putra di PWTC..
Petang itu pula, aku dan kakakku ke Bazar ramadhan berhampiran Padang MPK 2 untuk membeli murtabak yang special iaitu, murtabak mekasar ataupun murtabak pekan..Harganya RM6 sekeping..Habis membeli, kami pun pulang ke rumah untuk berehat sejenak..Masuknya waktu maghrib, kami berbuka sekali lagi sekeluarga..Memang seronok..Meriah!
Hari ketiga Ramadhan..
Habis sahaja bersahur, aku merehatkan diri..Aku tidak mahu tidur kerana hendak bermain game..Sudah lama aku tidak menyentuh keyboard ini kerana ada antara familiku mahu menonton cerita..Setelah agak lama bermain, aku berhenti dan solat subuh..Lalu aku tidur kerana kepenatan...Sekali lagi aku terbangun pada pukul 10 pagi..Kenapa la selalu pukul 10? Hairan aku dibuatnya..Aku bangun dan mandi kerana aku akan bertolak ke KL pada pukul sebelas pagi..
Hampir pukul 2.30 petang, aku tiba dirumah dengan selamatnya..Alhamdulillah..Tetapi aku tidak sempat kekelas..Maka, aku berehat di rumah...hehehe..
truely, FarEast
Ramadhan
by........... jIwA mUsiC aRt
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Hey you guys and girls. Actually, I'm in a exam week for almost two weeks and guest what, next week on 3rd May I will face with my fir...
0 comments:
Post a Comment