Salam...
Pada petang Ahad, kami sebuah rumah telah membuat 1 keputusan yang agak drastik iaitu untuk pergi bermandi-manda di Ulu Yam..
This is my first time there..
Perjalanan ke sana agak lama...
Dengan kereta, kami ke sana..
Hampir 45 minit kerana kesesakan lalulintas di Batu Caves..
Sebelum sampai, kami melalui sebuah tasik yang amat cantik pemandangannya..
Memang tidak terkata kecantikan pemandangannya itu..
Sampai di Ulu Yam, memang tidak disangka..
Ramainya manusia pada hari ni..
Tidak disangka pula seramai ini...
Suasana memang indah pada permulaan masuk..
Tetapi bila dah berada di dalamnya, tidak seindah mana pun..
Ada juga sampah sarap yang dibuang oleh umat manusia walaupun notis JANGAN MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA. BUANG SAMPAH DI DALAM TONG SAMPAH ada di papan tanda..
Inilah dia umat manusia..
Benar kata orang, peraturan dibuat hanya untuk melanggar peraturan..
Walaubagaimanapun, aku tetap seronok..
Airnya memang sejuk dan nyaman..
Kami bermandi-manda agak lama sehinggakan sempat untuk membaik pulih empangan yang dibina secara kecil-kecilan..
Sungguh mengasyikkan sehinggakan kami kesejukan..
Setelah hampir 2 jam, kami beredar dari situ untuk pulang ke rumah kerana hari semakin gelap kerana hujan akan turun..
truely FarEast®
0 comments:
Post a Comment