Powered By Blogger

Malaysia!

Malaysia!

Twitter

Coretan


ShoutMix chat widget

Maintain by

My Photo
jIwA mUsiC aRt
View my complete profile

Followers

Salam Eidul Adha

Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam dan kepada yang bukan Islam yang membaca entry ini. Semoga kita semua dapat merasai pengorbanan yang telah kita lakukan selama mana kita telah hidup di muka bumi ini. Ingatlah bahawa setiap pengorbanan itu memberi impak yang besar kepada sesetengah orang. Impak itu tidak semestinya buruk, bahkan ada yang lebih baik dari itu.

Semasa hari raya pertrama yang lepas, tiada aktiviti yang menarik telah dilakukan. Cuma yang ada, hanyalah lawatan ke rumah rakan-rakanku di kampung ku ini. Sudah lama tidak ke temu mereka. Banyak juga perancangan. Tetapi apakan dayaku, aku sekarang di dalam alam Latihan Industri.

Semalam, awal paginya, ahli keluarga telah mengorbankan seekor lembu sebagai ibadah yang di angkat oleh Allah. Maka, pada awal pagi itu, ramai juga ahli keluarga terdekat menolong untuk melapah daging lembu yg telah di korbankan.








Selepas daging-daging lembu ini telah dikerat, ianya ditimbang dan mencecah 60kg. Beberapa orang telah dikerahkan untuk mengedarkan daging lembu ini kepada orang ramai di sekitar kampungku. Terutamanya kepada fakir miskin.

Pada malamnya pula, keluarga mengadakan kenduri tahlil sebagai tanda bersyukur atas kesempurnaan membuat korban dan aqiqah disertakan doa selamat untuk anak saudara ku dan juga kesejahteraan keluarga. Ramai juga yang datang untuk memeriahkan majlis termasuk beberapa orang pelajar dari Pondok An-Nur di kampungku.







0 comments:

Popular Posts

Nuff