Tidak ku sangka aku sudah berumur hampir 21 tahun pada tahun 2010. Begitu cepatnya masa berlalu dan masa yang mendatang. Sudah ramai manusia yang aku jumpa semasa melalui hidup ini. Berbagai ragam dan perangai. Dan ramai juga kawanku yang sebegitu. Lelaki dan perempuan, semuanya hampir sama sahaja ragamnya.
Dan tidak ku sangka, aku telah banyak melukakan hati manusia di sekeliling aku. Tapi kenapa aku? Kenapa tidak ujian yang lain? Apa yang aku dah lakukan di masa-masa silam? Siapakah aku di masa dulu..
Ya Allah, tolonglah aku. Bantulah hambamu ini. Ku tidak mahu ada yang terluka lagi selepas ini. Aku tidak mahu mereka bersedih. Aku tidak mahu aku bersedih juga. Apa yang harus aku lakukan.. Haruskah aku muhasabahkan diri ini. Wallahualam..
2 comments:
bukan kamu sje yg sbg2 . . . saye pon same . . . plez lolx u . . jgn mcm nie . . i trse sedey sgt2 . . coz ayat2 kamu 2 mmg trse dlm diri =)
it just came fiena..
bkn di pinta..
hmm..
i does't mean to make u sad..
sory...
Post a Comment