Tanggal 14 December 2010: Aku digemparkan dengan post di Facebook yang mengatakan jumlah pembayaran yuran di kolej pada semester hadapan adalah RM 2123!
Satu jumlah yang amat besar bagi diriku yang masih bergelar pelajar dan pelajar yang belum mendapat duit daripada pinjaman MARA. Dimana kan ku cari wang sebanyak itu? Ibu dan bapaku tidak mampu untuk memberikan wang sejumlah itu.
Kalaulah ada duit yang jatuh dari langit, boleh lah daku membayar segala duit yang dipinta semasa pendaftaran di kolej. Manakan ku cari jumlah itu. Hendak ku pinjam, tetapi sudah banyak jumlah yang telah ku pinjam semasa permulaan daftar di kolej. tabah, itu yang ku mampu berbuat setakat ini.
Sejauh manakah kebenarannya kita (pelajar) harus membayar dalam jumlah yang telah dinyatakan di atas. Hanya tuhan saja yang maha mengetahui. Bantulah hamba mu ini ya ALLAH..
0 comments:
Post a Comment