Sejak akhir-akhir ini, aku merasakan tertekan yang amat sangat dan mendalam bagi dirku. Aku tidak mengerti kenapa ianya terjadi begini sehinggakan aku tidak dapat membuat kerja langsung. Two days backward, happiness come in my heart. But i still cannot cure it. I really do not know what is wrong with me. So distressful!
Final exam just around the corner. I still cannot focusing on anything! I hope it will ended as soon as possible. I want my life back. I do not want to be like this! Its not me at all!!
Arhh... No mood actually. Just and expression of me about what happen just in time.
truely, FarEast
Entah Kenapa Ye
by........... jIwA mUsiC aRt 0 comments
Jamuan Hari Raya
Setelah lama merancang iaitu sebelum puasa lagi, kami merancang untuk membuat jamuan kecil-kecilan di waktu malam semasa bulan ramadhan. Tapi rancangan ini tergendala desebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi, kami merancangnya semula selepas Ramadhan iaitu malam semalam 04.10.2009 adalah tarikh kami membuat Jamuan ini.
Menunya simple sahaja iaitu satay. Satay yang kami order adalah mentah. Maka kami bekerjasama untuk membakar satay ini sehingga masak. 350 adalah jumlah satay yang kami order dan kami bakar bersama-sama. Saksikan aksi kami.
Tidak lupa juga kepada Farhan aka Pa'an yang telah menyambut hari lahirnya pada hari ini iaitu 05.10.2009. Semoga panjang umur, mudah rezeki dan perjalanan hidup yang dipermudahkan segalanya. Dah tua dah Pa'an ni. ;D
One Love, Peace!
truely, FarEast
by........... jIwA mUsiC aRt 0 comments
Rumah Terbuka
Sudah hampir 2 minggu lebih kita berhari raya. Syawal semakin jauh menghilang. Suasana raya masih lagi tidak hilang begitu sahaja. Kami dijemput datang ke rumah terbuka Pak Ngah seorang tauke kedai di tempat yang kami selalu makan dan melepak berhampiran dengan kolej kami. Selain itu, jiran sebelah kami seorang pak cik dan keluarganya yang peramah menjemput kami datang ke rumah mereka.
Kami ke rumah Pak Ngah dahulu kerana mereka adalah yang paling rapat dengan kami. Pak Ngah sekeluarga tinggal di Taman Melur, Ampang. Suasana di rumah Pak Ngah agak lengang kerana masih tidak ramai yang belum hadir. Awal lagi sebenarnya. Sebab itu masih tidak ramai lagi saudara dan kenalan Pak Ngah yang hadir. Setelah hampir sejam di sana, kami membuat keputusan untuk mengundurkan diri kerana semakin ramai yang sudah hadir. Lagipun, kami ada rancangan lain semasa berbual di luar rumah.
Setelah bersalaman, kami ke Menara Tinjau di Ampang, untuk melepak dan menenangkan diri dan fikiran. Indah suasana petang ini. Kelihatan wau dan burung-burung bebas berterbangan tanpa sempadan dan halangan. Jika aku dapat berbuat begitu, alangkah bahagianya hidup. Tiada kekangan dan halangan yang perlu ditempuhi. Kami sempat snap gambar sambil menghirup angin yang segar di menara. Indahnya pandangan dari situ.
Kami bergerak pulang setelah hampir pukul 7 malam. Sampai di rumah, kami mandi manda dan bersiap sedia untuk ke rumah terbuka pak cik sebelah. Dia menyambut kami dan bergurau senda sejenak sebelum beliau melakukan kerja lain sambil melayan tetamu yang datang ke rumahnya. Memang tidak dinafikan memang ramai orang. Berpuas hati jika dibilang kiraannya. Setelah selesai makan, para tetamu dari masjid pula datang. Semakin meriah! Maka, kami mengambil keputusan untuk berlalu pergi kerana kebanyakan meja hampir penuh. Kami bersalaman dan memohon maaf dari beliau dan berlalu pergi ke rumah kami.
truely, FarEast
by........... jIwA mUsiC aRt 0 comments
Popular Posts
-
What a fun way to save a money! Try this for a fantastic thrill...
-
Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku tidak perlu membayar sejumlah yang telah aku ceritakan dulu. Jumlah yang telah aku ceritakan dulu adala...
